Owner Post Them Follow Dash



Jannah Hasbullah
Jannah Dream

Assalamualaikum wbt


جنة
Assalamualaikum wbt
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words


Bicara Kata

⊰جنة⊱
Kepercayaan itu umpana kertas. Kalau dah renyuk, mana mungkin dapat kembali elok macam kertas yang baru. Tolonglah, jangan khianat.


⊰WISHLIST⊱

Allah's Caliph
Anak solehah
Family umrah
Rich and married hihi

Kelebihan Istighfar





" Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah " ( az-Zumar: 53 )


Wahai tetangga kami, sesungguhnya angan-angan itu hanyalah janji kosong belaka dan bahawa kebanyakan penyebab keberhasilan itu datnag sesudah putus asa melanda diri.

Seorang wanita berkata: " suamiku mati pada saat usiaku tiga puluh tahun dan aku memiliki lima anak lelaki dan perempuan darinya. Dunia seolah-olah gelap-gelita di mataku dan aku menangis hingga hampir buta. aku menyesali nasibku, aku berputus asa, kecelaruan menyelimutiku dan kesedihan menghimpitku. anak-anakku masih kecil dan kami tidak memiliki pendapatan yang mencukupi. aku embelanjakan dengan sangt berhemat baki harta yang ditinggalhan oleh suamiku. suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar Al-Quran dari radio. tiba-tiba seorang syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersadba yang bermaksud:

"Barang siapa yang banyak membaca istighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitannya."

Setelah itu aku memperbanyakkan istighfar, demikian juga anak-anakku, aku perintahkan mereka untuk melakukan perkara yang sama. hasilnya, tidak lebih dari enam bulan kami mendapat tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang yang berjuta-juta. selanjutnya, anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. dia berjaya menghafal Al-Quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai. kini rumah kami dipenuhi kebaikan dan kehidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan anak perempuanku. kini lenyaplah semua kesusahan, kecemasan , dan kesedihan yang sebelumnya begitu mencengkam diriku dan aku pun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.


Subhanallah, berdasarkan cerita tadi. Jika anada menyerah pada keputusan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan. Maka, istighfarlah sayangku. Allah Maha Mendengar setiap rintihanmu.