Owner Post Them Follow Dash



Jannah Hasbullah
Jannah Dream

Assalamualaikum wbt


جنة
Assalamualaikum wbt
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words


Bicara Kata

⊰جنة⊱
Kepercayaan itu umpana kertas. Kalau dah renyuk, mana mungkin dapat kembali elok macam kertas yang baru. Tolonglah, jangan khianat.


⊰WISHLIST⊱

Allah's Caliph
Anak solehah
Family umrah
Rich and married hihi

Bae fur ever

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam wbt"

Alhamdulillah. Melalui entry sebelum ni, aku dah poinkan tentang homework yang dibah bagi sehari yang lalu. So harini Inshaallah nak tunaikan hasrat dibah yang dah lama nak aku updatekan pasal dia. Dia tak sabar sabar kau tahu nak tengok aku tulis apa pasal dia hahaha ceh menipu sebenarnya dia tak kata pun dia tak sabar. Okay cik nah nak cerita pasal dia k. Dibah, engko kena baca ni!!!

Nama diberi, Adibah Aqilah bt Shamsuddin. Kenal dengan dia since darjah 5 sebab aku baru masuk sk cenderawasih, lahad datu, sabah (baru pindah) dia pulak baru masuk masa darjah 4. mula2 aku masuk sekolah tu aku tak kawan pun dengan dia sebab dia sombong nak mampus kawan dengan budak hot je. aku manelah nak hot dahla baru masuk ceh. aku kawan dengan ayu je (bukan nama sebenar) haa ayu tu lah yang ajar aku main gam cair lepas tu letak dekat tangan and then tunggu sampai kering pastu kopekkan gam tu kejadah enn buat benda tu (malu pulak aku bila teringat balik) biasalah enn budak budak lagi mana nak matang lagi kan. aku dengan dibah sekelas sampai darjah 6 (2 tahun je pun) 6 Adil. Kelas dak dak pandai tapi aku tersesat kat situ tapi takde lah bodoh sangat selalu lah dapat nombor 20 lebih tu (total 30 tak silap) tapi tu kira bodoh laa rasa macam tak layak je masuk kelas tu. Tapi takpelah upsr aku pun apa kurangnye (4a je). Masa darjah 6 rasanya baru kitorang rapat. kitorang ada geng tahuu 6 orang (nana, fadh, akma, dibah, izah, yan, aku) geng yang duk belakang sekali dalam kelas. aku izah dengan yan duk line kedua last. dorang 4 orang kat belakang sekali. geng pengawas geng bajet dikenali haa kitorang lah tu. Masa darjah 5, ada budak kelas aku ni (lelaki) nama dia azwan (bukan nama sebenar) kitorang suka sama suka tapi masa darjah 6 dibah suka dekat dia. ok kelakar k. aku dengan dibah gaduh tak bertegur tapi kitorang satu geng emm cemana tu hahaha tapi aku lek je cewah. azwan tu pernah bagi aku rantai k. loket dia besar k macam anak gajah yang bentuk rama rama yang sesuai dipakai oleh orang tua tetapi yang diberikan kepada aku yang baru darjah 6 ok sesuai! kelas kau jahh, pakwe aku bagi rantai tu susah auw nak dapat tu hahahaha kau hado? beruntung kan aku -.-' bangga kot aku dapat benda tu siap tunjuk dekat dibah lagi supaya dia jeles tak ke matang aku masatu hahahaha tapi lama lama tu ok jugak aku dengan dibah. dorang selalu datang main depan rumah aku. dulu depan rumah aku ada taman. kalau petang2, dibah akan datang naik motor bawak yan. asip azwan fendi adil izah pun datang sebab kitorang sekelas dan rumah dorang pun dekat je. tulah kawan kawan aku main petang petang, taman depan rumah aku tu antik kau tahu!! diperbuat daripada kayu. semua lengkap. ada gelungsur, buaian, tayar tayar, pondok dll. Sejak masuk sekolah menengah (smkdk) aku dengan dibah still lagi satu sekolah dan satu kelas (kelas 1RKA) tapi aku sekolah kat situ kejap je seminggu lebih kot. aku pergi sekolah dekat kl (smksbu) nak dijadikan cerita aku lost contact dengan dibah. masa CNY aku pindah lagi pergi sabah balik sekolah menengah sains lahad datu (SEMSALD) sebagai second intake. nak dijadikan cerita lagi, dibah pun dapat sekolah sekali dengan aku sec intake. kitorang masuk laa sekolah tu sama sama dengan harapan dorm pun sama tapi tak. dibah L04 dengan izah. aku L05 dengan nana. dibah rumah helium aku pun rumah helium. kelas pun sama, 1 nilam 2 nilam tapi masa form 3 aku mutiara, dibah stay nilam. tapi kitorang still lagi rapat walaupun jumpa kawan baru. kitorang pun ada buat geng nama dia e11even sebab kitorang ada sebelas orang iaitu dibah dayu zatie dayah shikin bat fatin shiqin pipah dila aku. kitorang rapat sangat. kalau ada problem mesti share (yeke) SEKARANG AKU RINDU SANGAT DORANG. pipah dah memang awal awal pindah (masa form2) aku dengan dila pulak masa form 3 (masa cuti akhir tahun) hmm sedih tahu tapi kitorang still lagi contact sampai sekarang walaupun zatie dengan dayu tengah berkhidmat untuk negara (plkn). Masa form 4 kan aku dah pindah pergi perak dan sekolah dekat SERATAS yang depan zoo tu. dibah selalu call aku dia kata dia rindu dan tak boleh hidup dekat semsald tu tanpa aku. dia kata hidup dia terabai dekat sana sebab tak ada aku hahahaha lawak k macam je aku urus semua pakaian dia kat sana sampai dia kata dia tak terurus (melebih lah ko ni dibah haha) tapi Alhamdulillah dia ok je sebenarnya tanpa aku enn. dekat asrama aku selalu call dorang ni sebab nak cakap rindu. aku bawak je fon sebab seratas ni peraturan dia tak ketat sangat. kalau ada sesiapa yang dapat result bagus tu korang pegila mohon seratas tu weh korang akan rasa macam heaven kot peraturan dia tak strict sangat tapi ada satu peraturan yang sangat strict dekat asrama iaitu peraturan senior. tu je yang engko kena takut. kalau engko dah senior korang akan rasa macam asrama tu korang punya boleh mintak tolong junior iron baju ke kan hahaha mintak tolong k bukan buli (aku takpernah lagi lah mintak tolong iron baju lainlah kalau dorang yang volunteer nak ironkan kan haha aku mintak tolong ambik air panas je kat watercooler takde lah beban jugak enn dapat pahala hahaha). kalau aku text ke call ke mesti kitorang rancang macam2 untuk jumpa balik. nak fly pegi sabah sesama lah, buat reunion lah apa semua hahaha taktahu lah menjadi ke tak (inshaallah jadi. Amin) tapi ada satu je yang jadi (Alhamdulillah) dapat jumpa dekat rumah dibah (abang dia nak kawin) aku bermalam kat rumah dia tolong prepare untuk kenduri sekali (baik kan aku hahaha jk) kitorang tidur lambat sebab sembang. dua dua pakat ada cerita (cerita dua tahun tak jumpa) haih rindu. bila dah balik rumah pun still lagi contact. aku calling dengan dia sampai pukul 3 kot semalam ( ha engko tak rasa ke cerita kitorang banyak) al maklum lewl jugak masing masing tak ada buah hati hahaha tapi buat apa ada buah hati kan kawan pun dah cukup (ceh ayat cik nah) haaa tu je lah kot yang aku nak cerita pasal ko dibah. sorry lah tak banyak sebab aku dah sakit bahu dah ni menaip haaa dahsyat enn. aku ada beberapa perkara aku nak sampaikan untuk kau sebagai seorang kawan, sahabat, teman, adik, kakak, sepupu dll


  • jadi anak yang solehah untuk parents and family ko
  • semoga bahagia disamping keluarga tercinta
  • semoga berjaya dunia akhirat dengan ilmu yang diberkati Allah
  • semoga impian, cita cita kau tercapai (nak jadi doktor kan)
  • semoga kau jumpa jodoh yang hensem kaya macho dan paling penting dia sayang dekat kau sepenuh hati dia kerana Allah
  • semoga kau dapat anak anak yang comel macam aku dan soleh dan solehah macam aku jugak (Aminnn)
  • semoga kita sama sama jumpa dekat syurga nanti k. tunggu aku depan pintu syurga, kita masuk sama sama
  • and last sekali, doakan aku jadi yang terbaik. tegur aku tau kalau aku salah and aku pun akan buat benda yang sama dekat kau (tu gunanya kawan kan) sebab aku nak jadi kawan sahabat teman sejati yang terbaik untuk kau (tolong bangga sikit)






Aku nak titipkan satu lagu dari unic-sebuh pertemuan. lirik dia best! 
To dibah, kalau kau nak dengar aku nyanyikan boleh lah pm nnti aku call hahaha and sesiapa nak dengar pm me bwhahaha main main je kbye


Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 


Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 



C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 



(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 



Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 



C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 



Ulang (*) 



Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 



Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 



Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


  Ketika diri mencari sinar 

Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 


Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 



C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 



(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 



Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 



C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 



Ulang (*) 



Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 



Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 



Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman